Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Mari bekerja!


" Kenapa nak kerja?
Tak yah la susah2 sangat...
Rezeki kat mana2 je..."


Mungkin fenomena ni biasa kita lihat. Malas kerja, malas belajar, malas berusaha dll. Setiap muslim tidak halal bermalas-malas bekerja untuk mencari rezeki dengan dalih kerana sibuk beribadah atau tawakkal kepada Allah, sebab langit ini tidak akan mencurahkan hujan emas dan perak.

Kita tidak boleh menggantungkan diri kepada sedekah orang, padahal kita masih mampu berusaha untuk memenuhi kepentingan diri sendiri dan keluarga.
Untuk itu Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sedekah tidak halal buat orang kaya dan orang yang masih mempunyai kekuatan dengan sempurna." (Riwayat Tarmizi)

Dan yang sangat ditentang oleh Nabi serta diharamkannya terhadap diri seorang muslim, iaitu meminta-minta kepada orang lain dengan mencucurkan keringatnya. Hal mana dapat menurunkan harga diri dan karamahnya padahal dia bukan terpaksa harus minta-minta.

Kepada orang yang suka minta-minta padahal tidak begitu memerlukan, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai berikut: "Orang yang minta-minta padahal tidak begitu memerlukan, sama halnya dengan orang yang memungut bara api." (Riwayat Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya)

Hal ini dicanangkan oleh Rasulullah, demi melindungi harga diri seorang muslim dan supaya seorang muslim membiasakan hidup yang suci serta percaya pada diri sendiri dan jauh dari menggantungkan diri pada orang.
Cuba kita bayangkan kalau kita semua berusaha sebaik mungkin dalam buat tugasan-tugasan. Tak kira urusan apa; kerja, dakwah, belajar. Ana rasa ia satu perubahan yang diharapkan semua.
Sekian...

0 comments: