Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Diam itu emas.


Dalam upaya mendewasakan diri kita, salah satu langkah awal yang harus kita pelajari adalah bagaimana menjadi peribadi yang mampu menjaga juga memelihara lisan dengan baik dan benar.

Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah saw, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata benar atau diam.", (Bukhari).
Jom kita kupas sikit2;
Jenis-jenis Diam
Kalau diteliti, rasanya sabar ni ada banyak jenis. Ada yang diamnya umpama emas, tak kurang juga yang sebaliknya. Semuanya bergantung kepada niat, situasi, dan cara kita mengatasi sesuatu masalah.

1 Diam Bodoh
Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang harus dikatakan. Mungkin kita biasa lihat keadaan ni. Hal ini tejadi kerana kurangnya ilmu pengetahuan dan pemahaman. Namun diam ini jauh lebih baik dari memaksa diri bercakap sesuatu yang kita tak tahu.

2 Diam Malas
Diam jenis ni merupakan keburukan, kerana diam di saat orang lain memerlukan. Bayangkan kalau ada orang yang tak nak cakap sebab ‘takde mood’, tiada selera atau malas. Tentu sahaja ia merupakan satu keburukan.

3 Diam Sombong
Ini pun termasuk diam negatif kerana dia bersikap diam berdasarkan anggapan bahawa orang lain tak se‘level’ dengannya. (Ada juga orang macam ni dalam dunia).

4 Diam Khianat
Ini pula kes diam orang khianat aka orang jahat. Ini kerana dia diam untuk mencelakakan orang lain. Contohnya, diam pada saat orang lain sangat memerlukan kesaksiannya, tidak menyatakan kebenaran. Rasanya bilangan orang macam ni memang cukup ramai.

5 Diam Marah
Ini kes special. Diam seperti ini ada baiknya dan ada pula buruknya, baiknya adalah jauh lebih terpelihara dari perkataan keji yang akan lebih memperkeruhkan suasana. Namun, buruknya adalah jika dia berniat bukan untuk mencari penyelesaian tetapi untuk menunjukkan kemarahannya, lagi parah kalau fakir strategi nak balas dendam. Hingga boleh jadi diamnya ini juga menambah masalah.

6 Diam yang baik.
Yang dimaksud ialah diam hasil dari pemikiran dan renungan niat yang membuahkan keyakinan bahawa dengan bersikap menahan diri (diam) maka akan menjadi maslahat lebih besar berbanding berbicara. Dengan ini bolehlah seseorang itu terhindar dari masalah dan dosa. Hati juga akan menjadi terjaga dan tenang. Jelaslah bahawa diam jenis ini lebih bijak dan berwibawa.

Selain itu, diam ini juga merupakan dapat menahan diri dari beberapa hal, seperti:

1. Diam dari perkataan dusta
2. Diamdari perkataan sia-sia
3. Diam dari komentar spontan
4. Diam dari kata yang berlebihan
5. Diam dari keluh kesah
6. Diam dari niat riya dan ujub
7. Diam dari kata yang menyakiti

………………………………………………………………………………………………

*Mungkin banyak lagi jenis diam yang boleh disenaraikan. Tetapi cukuplah ini sebagai panduan buat kita semua. Mudah-mudahan kita menjadi biasa berkata benar atau diam. Semoga pula Allah redha hingga akhir hayat nanti, saat ajal menjemput, lisan ini diperkenankan untuk mengantar kepergian ruh kita dengan sebaik-baik perkataan yaitu kalimat tauhiid "laa ilaha illallah" puncak perkataan yang menghantarkan ke syurga. Aamiin

0 comments: