Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

syaaban menuju ramadhan

Assalamualaikum...

Kita sekarang berada dalam bulan syaaban, dan ini adalah bulan yang terakhir
sebelum kita melangkah ke bulan ramadhan.

Ulama' pernah berkata:
rejab adalah bulan kamu menanam benih, dan syaaban adalah bulan
untuk kamu menyiram, dan pada bulan ramadhan masa untuk kamu
memetik hasil hasil dari pokok yang kamu tanam dan kamu siram itu.
Sebab itu kita lihat salafus soleh, sahabat dan tabien, mereka ketika ramadhan
seolah-olah mengutip semua hasil kebaikan yang mereka sediakan sebulan atau
dua bulan sebelum ramadhan.

Apa beza kita..?

Mereka menyediakan ramadhan selama tiga bulan, iaitu bulan2 sebelum ramadhan.
tapi kita pada bulan ramadhanlah kita menanam, pada ramadhanlah kita menyiram, dan
pada ramadhan jugalah kita mahu mengutip hasil.

Sebab itu, kita tak dapat merasai ramadhan seperti mereka, kerana apa yang
dimaksudkan dengan benih itu, adalah benih ketaatan, para sahabat telah melazimi
ketaatan ramadhan pada bulan2 sebelumnya, mereka telah biasakan dengan solat jemaah
di masjid, mereka biasa dengan baca quran, mereka menjaga lidah mereka, tangan, kaki serta
anggota2 mereka yang lain.

Akhirnya pada bulan ramadhan, mereka dapat mengutip hasil ketaatan dan ketaqwaan
ini sebanyaknya. kalau kita tak melakukan seperti itu ikhwah, nescaya pada bulan ramadhan kita tidak akan mampu, walaupun bulan ramadhan adalah satu bulan kebaikan, kita tidak mampu menikmatinya seperti para sahabat yang menggunakan bulan ramadhan ini sepenuhnya,

Rasulullah pernah bersabda, hinalah, bagi mereka yang sempat merasai ramadhan
tapi tidak diampuni dosa2 mereka. Bagaimana hendak diampuni jika bulan ramadhan
itu kita dilalui seperti bulan2 sebelumnya?

Oleh itu, jadikanlah bulan syaaban ini bulan persediaan sebelum memasuki syahru tho3ah (bulan ketaatan), syahru maghfirah (bulan keampunan), dan shahru barakah (bulan keberkatan) Dan kita juga perlu melipat gandakan ibadah sebelum menjelangnya ramadhan.

Jika tidak, pasti kita tidak akan dapat merasai kemanisan ramadhan. Kalau kita tidak biasakan diri dengan tilawah, adakah masa2 kita di ramadhan akan ditemani dengan alunan Quran. Kita bukan nak mencari puasa a'wam, tetapi kita mencari puasa khawwas, puasa yang menjaga
mata, lidah, dan semua anggota badan. Juga hati yang turut berpuasa. Apa yang kita cari adalah puasa imanan wahtisaban, puasa yang penuh iman dan mencari taqwa dan puasa yang mengharapkan ganjaran pahala dari Allah taala.

Moga keluarnya kita dari ramadhan nanti
diampunkan dosa seperti bayi2 yang baru dilahirkan.




1 comments:

  1. thaaqhib says

    masjid mana tu ye? lawa