belia remaja RIJAL pemuda
[[ BeliA ]]
Belia adalah usia yang dibanggakan oleh setiap individu. Orang yang sudah berusia misalnya, tersenyum apabila dia dikatakan seperti belia. Belia pada kaca mata masyarakat adalah lambang usia muda, tegap, gagah, tangkas, manis dan girang. anya satu fasa yang sangat bernilai, satu fasa yang sangat rugi bila diabaikan.
Belia perlu berubah. Kita perlu berubah. Jika diteliti dari sejarah, rijal inilah yang menjadi agen perubahan pada ummat manusia. tidak kira apa situasinya. tidak kira apa suasananya. Inilah golongan yang menjadi pewaris perjuangan mereka yang sebelumnya.
Al-Quran dan sejarah mencatatkan banyak kisah golongan belia yang berjuang demi kecemerlangan dunia dan akhirat. Golongan inilah yang perlu kita contohi. Seimbang rohani, intelek, rohani dan jasmani. Peribadi mereka subur dengan akhlak dan iman.
Contohnya, Kisah tujuh belia yang beriman kepada Allah. Mereka diburu raja Daqyanus kerana enggan mensyirikkan Allah. Namun mereka tetap pada jalan Allah dan berpegang teguh pada iman mereka.
Nabi Muhammad (pboh) juga diangkat menjadi nabi pada usia remajanya. Pada waktu itu Abu Bakar al-Siddiq berusia 37 tahun, Umar al-Faruq berusia 27 tahun, Usman b Affan 34 tahun dan Ali Abi Talib pula berusia 13 tahun. Bahkan sahabat Baginda yang lain juga dibentuk peribadi mereka pada usia remaja.
Jika dilihat di era lain pula. Umar Abdul Aziz dilanti menjadi gabenor Madinah pada usia 25 tahun. sebelum dilantik menjadi khalifah beberapa tahun kemudian (36 tahun). Imam Syafie diberikan kepercayaan oleh gurunya (mufiti pada ketika itu) mengeluarkan fatwa dalam usianya baru menjangkau 15 tahun. Harun al-Rasyid pula adalah khalifah Abasiyyah yang sanggup meluaskan kuasa Islam di dunia. Beliau merupakan pemuda yang gagah berani dalam perjuangan dan dakwahnya.
Syam, dataran iraq, Andalusia, Mesir, negara di Hijjaz, dataran Afrika, India, China dan tempat2 lain di seluruh dunia, mempunyai kisah berkenaan para pemuda Islam yang gagah, berani dan mulia.
Mereka mengisytiharkan merdeka ketika manusia masih mundur dan jahil. Mereka menyebarkan tauhid pada saat fikiran manusia masih jumud. Mereka menegakkan keadilan ketika manusia masih zalim.
Jelas sudah ketinggian nilai belia ini. Sedarlah wahai SYABAB! Bangunlah wahai FATAYAT! Mari bersama mengislah diri. Jangan hanya menjadi mereka yang berpengetahuan agama, jadilah mereka yang berjiwa agama. pengerak agama. pembela agama.
0 comments: