Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

sejuknya ~~



Salam. Lama rasanya tak menulis. rasa kekok pun ada.

*********************

musim sejuk kali ni merupakan kali kedua bagi saya di mesir. Walaupun tak turun salji macam kat negara lain. tapi, boleh tahan juga. lebih2 lagi waktu subuh dan waktu nak ke kuliah.

Tapi musim sejuk kali ini lebih bermakna buat saya. berbanding semasa saya melaluinya tahun lepas. temperature yang sama. tapi ada kesan yang berbeza. sebabnya? saya ada terbaca petikan dari buku (Ensiklopedi Mini Muslim) di sebuah restoran di cairo. tentang musim sejuk dan seorang muslim. benarlah. sepatutnya seorang muslim itu mengambil istifadah dari setiap hal disekelilingnya..

********************************

Dari buku Ensiklopedi Mini Muslim (Abdul Aziz bin Muhammad bin Abdullah As-Sadhan) dalam menyikapi musim dingin:

  1. masuknya musim sejuk yang baru menandakan berlalu satu tahun penuh. oh.. betul juga.. boleh ambil peluang muhasabah disini. antara musim sejuk tahun lalu dan tahun ini. ada perubahan??
  2. Manusia pada ketika ini, mencari sesuatu untuk lari dari sejuk musim ini. baik pakaian, makanan dan lihaf (selimut tebal). lipatgandalah syukur kita. walaupun mungkin masih ada kurang2nya. kita masih dapat melalui dingin ini dengan selamat. lantas mengambil detik ini sebagai masa untuk mengingati sahabat2 seagama yang mengharungi musim sejuk bersama. ada dikalangan mereka hanya berbumbung langit dan beralaskan bumi. fikir2.
  3. Hendaknya seorang muslim merasa, bahawa musim dingin atau musim panas itu seperti sebahagian dari dingin dan panasnya neraka. Jika seorang muslim merasakan hal itu, maka perubahan-perubahan alam bisa menjadi sebab bertambahnya kesungguhan, ibadah dan takutnya dari siksa.
  4. Sebahagian manusia pula berlebih2 dan tidak memanfaat waktu malam musim ini. bayangkan. maghrib hari ini jam 4.50. panjang sungguh waktu malam. sangat rugi kalau malam itu hanya dipenuhi dengan rehat2 sahaja. ambillah masa. study dll.
  5. Sudah tentu siang pula pendek. Jom puasa! insyaAllah.. terkumpul pahala yang banyak dengan amalan yang ringan.
  6. Ujian pula datang waktu subuh. wah.. sangat menguji. terutama bila angin bertiup.. waktu ini semuanya terasa berat. entah berapa kilo selimut dan kaki yang melangkah. juga waktu mengambil wudhu'. Lawan!. insyaAllah, bila seseorang melawan nafsu dan kedinginan subuh, serta bersungguh2 mengerjakan solat. Pasti ganjarannya sangat besar.
Semoga musim sejuk kali ini dapat memberi effect baru pada kita semua. Semoga ia tidak melemahkan ibadah dan sendi2 kita.

1 comments:

  1. sucimurni says

    teringin nak merasa kesejukan di negeri orang..

    Sungguh Allah jadikan sesuatu untuk manusia berfikir...